Friday, September 13, 2013

Tiada Tajuk Cuma Luahan

Jujurnya aku benci berbicara & merungkai  tentang Politik. Ini kerna terpaksa.
Jadi terimalah Naskah tak seberapa.



Kerana Ideologi  berbeza, membunuh dilabel sebagai
  • Keadilan
  • Proses Penyucian
  • Penghapusan Dusta



Sedangkan Bapa Falsafah kita, Socretes dibunuh oleh ketuanya sendiri kerana Angkara sama.
Tak lupa juga Umat Bangsa Arab yang DILUDAH maruah mereka oleh gerangan pemerintah.


Kenapa tidak kita Rakyat Biasa ditindas secara mulia.

SECARA SULIT?
~ ITU PALING BAHAYA ~


Kau ada kuasa?

~ DIPERSILAKAN MEMBUNUH ~

Secara Hiris atau Tikam
Itu terpulang

Sebenarnya Nikmat itu di tangan engkau,
Wahai Pemerintah Sekalian

Pemerintah, kuasa itu untuk

  1. Di Amanah bukannya di Jajah.
  2. Di Kongsi bukannya di Monopoli



Akhirnya, Ketua engkau orang juga yang jadi Pemerhati. Undang-undangnya tiada

  1. Korupsi
  2. Kroni
  3. Diskriminasi 

Macam engkau orang ini, Pemerintah.

Ikhlas,

Rakyyyat

Monday, August 5, 2013

Ini yang Terakhir

Meniti di minda,
Kisah-kisah lama.
Mati dek akal,
Mikir tanpa Sengaja.

Ulasan penuh tercatit dalam diari Dia.
Mana mungkin,
Aku tahu salah & silap Lama.

Dendang Perantau,
Pulang juga.
Perginya Engkau berapa lama?

Malam2 begini,
Dipenuhi dengan tanda tanya,
Risau jikalau dosa-ku padamu
Masih tersisa.

Terlintas di hati,
Menyerah dalam Maruah.
Walaupun separuh darinya telah kau Ludah.