Setiap remaja mahupun dewasa yang dilahirkan di bumi bertuah bernama malaysia ini pasti tidak terlepas daripada melakukan perkara-perkara yang materialistik ketika di usia muda yang kalau di tambah tolak pahala perbuatan nya tidak sama dengan keseronok kan yang dikecapi. Percaya lah kawan, zaman muda adalah zaman paling bermakna di dalam hidup anda, manfaatkannya selagi masih ada :) *bukan lah bermakna perangai hampa tuh tak berubah sama macam budak umur 7tahun je walaupun dah tumbuh bulu-buluan di sana-sinun.
Untuk mempermudahkan cerita, post ini adalah untuk mengenangkan zaman-2 yang telah berlalu dan tidak lagi akan diulangi meskipun dibayar dengan wang tunai juta-jutaan ringgit sekalipun. Begitu pantas masa berlalu bukan? Kalau diimbas kembali masa, aku teringat lagi saat aku di sekolah rendah, ketika itu rutin harian aku dipenuhi dengan rancangan karton di televisyen yang tidak berkesudahan. Antaranya ialah Dragon Ball, Digimon, Pokemon, and Doreamon. Good times! Aahhhhhh :( . Aku ada menanyakan kepada hampa-2 semua tentang apa yang korang buat ketika zaman muda korang, namun hanya segelintir yang ambik kisah. Yes, mungkin ada alasan yang sendiri ataupun taknak kenang zaman muda yang telah membawa kisah gelap :/ who knows right? Ini adalah antara Feedback-2 yang menarik yang aku terima. Enjoy.
1. Kalau singgah ke Kedai runcit ataupun pasaraya, tak SAH kalau tak beli kotak Tora-tora atau Ding-dong yang terdapat permainan di dalamnya dan juga coklat yang selalunya tak termakan pun dek kerana terlalu ghairah nak kan permainan tersebut.
2.Tak pernah miss tengok setiap Episod rancangan Karton kegemaran yang. Kalau terlepas, sudah pasti akan mengamok dengan diri sendiri hingga next Episod pulak tiba lagi.
3.Naik basikal 3roda sehingga dikejar oleh makhluk-2 allah yang suka menyakat antaranya anjing2 comel yang sedang hangout di tepi kaki lima area rumah :D
4.Mengejar ting-ting kerana membeli dari uncle ting-ting tuh jauh lebih "COOL" daripada korang membeli ole-ole daripada pasaraya-pasaraya besar kan?
5.Kalau pergi pun ke pasaraya tersebut, sudah menjadi kepastian korang lepak dalam raga trolley ataupun diseret kesana dan kemari sambil buat muka macam Nobita baru kena buli dengan Giant ataupun muka Goku meneran nak buat Supersaya-nya.
6.Taklupaa pula time sedara-mara berkumpul, pasti semua pakat-2 nak menunjuk kehebatan beyblade atau yoyo masing-2. Sanggup bertarung sehingga ke kerengat yang terakhir. Kononnya itu melambangkan kegahhan seseorang individu.
7.Acik Nyorok,Acik Duduk,Acik kejar, Acik ice and water, masih Ingatkah anda kepada permainan tinggalan ini? ngah ngah, aku pun sakan main benda nie zaman sekolah agama dulu. kenangan terindah sungguh.
8.Tak terlepas juga kita sebagai kanak-2 riang, kita sering membuat experimen sendiri lepas tengok rancangan yang makabah kita tngk seperti CSI. Antaranya membedah katak,ikan,lipas.. kadang2 tuh semut pun jadilah. HAHAHA.
9.Time nie PS2 dan PS3 takde lagi. Jadi yang paling rare pun PS1 laa. Siapa yang memilikinya akan merasakan suatu perasaan yang susah untuk digambarkan. Menjadi pertaruhan dari awal pagi hinggalah ke lewat malam.
10.Zaman nie facebook dan myspace takde lagi, soo bukak computer pun motif main paint ataupun main kad terup walaupun takde bakat lagi time tu. tengok makabah main macam best. Kita pun main taram jela laa!
11.Tengok bolaa masa tuu pun aku tak kenai player-2 nye macam sekarang. yang aku kenal dulu pun beckham sorang jee. dengan ini, setiap goal yang masuk, aku akan jerit "GOAAAAALLL! BECKHAM memang hebat kan, esok nak cerita dekat kawan-2 kat sekolah lahh!
12.Awal era abad ke 21 nie, siapa yang tak layan WWF,WWE,SMACKDOWN atau RAW dianggap ketingglan zaman dek kerena benda tuh jelah pun yang best time astro baru ada dulu-2.
13.Lastly, bilaa nak pergi bercuti jee. Time pergi tuh mesti rasa lama nak smpai, tapi time balik tuh mesti rasa macam cepat sangat masa berlalu. *sampai sekarang aku taktahu kenapa begitu.
Percaya ataupun tak, facebook telah merosakkan semua benda-benda bersejarah seperti yang tertera di atas ini. Kalau korang tengok budak-2 antara umur skolah rendah, balik-balik je sekolah menghadap facebook. Entah apa keseronokan yang mereka dapat entahlah. Bring back this Glory days people! We need them for our own good sakes. Itu sahaja lah, alhamdulilah selesai juga akhirnya.
No comments:
Post a Comment