Tuesday, December 6, 2011

Truth lies.

Masa menjangkau kelibat kita, sungguh tidak disangka 3/4 daripada cuti ini telah aku sia-siakan aja. Anyway, harap kalian diluar sana bersedia untuk sebuah lagi cerekerama al-malayan orang kita yee.

Kelihatan status di Facebook semakin hari semakin murah kandungan-nya. Kita dikejutkan dengan gambar2 bogel yang tersebar. Namun tidak terlepas juga yang menikmatinya sambil mendongak pepsi-cola. Dunia semakin murah ! Murah dengan maruah, murah dengan persahabatan, murah dengan fitnah. Status di fb di anggapkan segala2nya bagi mereka. Mengumpul like lebih digemari berbading mengumpul pahala. Apa nak jadi dengan kita ini manusia?

Seterusnya, Anti-pavillion kids? Pernah dengar ini bro? Pernah ke korang lepak dengan diorang sekali? Kalau pernah, alhamdulilah. Korang memang berani. Kenapa berani? Berani mengaku itu sebagai sahabat korang walaupun mereka ditomah,dicaci individu yng tidak dikenali. Semua yang mengutuk kononnya nak jadi ulama di depan mata golongan yang lebih "Up". Simpati yang aku berikan kepada mereka yang namanya telah digunakan di page menjahanamkan itu. Tiada beza kita semua sebenarnya, suatu ketika dulu korang pun mesti pernah melalui keadaan sebegini? Mungkin ada segelintir nak sorok kan kelemahan lampau mereka dengan mengutuk mereka yang lebih bwah taraf nya. Tegur sahaja kan cukup?

Terima sahaja lah manusia akan sentiasa mencari kelemahan dan menolak segala kelebihan yang dimiliki oleh orang yang tidak digemari. Aku pun pernah melalui semua ini. Aku redhoo, pasrah kerana diingatkan kembali, ini semua kenangan luar biasa yang tak semua orang rasa. Lain orang lain cerita, kalau ramai yang bercerita, sumpah takde orang nak mendengarnya!

Yang penting adalah kita sedar dimana kita berada, kita bersedia jika esok bukan hari kita. Dimana kita jatuh selamanya dan tumpur tidak bangkit semula. Aku disini hanya nasihat sahaja, ikut korang la nak terima macam mana. Masih segar dengan darah merah bergelimang di jalan raya , aku bersumpah akan lebih berhati2 di sana. hehehe :) *kekurang idea, siapa ada topik menarik, you guys can always give me a shout on the inbox :) This post is dedicated to Lord Dark Vader.

No comments:

Post a Comment