Harijadi adalah hari yang aneh. Ia adalah satu-satunya hari yang kau benci untuk menyukai. ia juga adalah suatu hari di mana kau berkata yang kau tidak mahukan apa-apa hadiah daripada teman-teman walhal hakikatnya kau berharap besar kau disogok dengan hadiah-hadiah dan text ucap selamat. Aku benar-benar bersyukur ada Facebook. Kalau bukan kerana laman sosial itu keluarkan notifikasi pada panel sebelah kanannya, mustahil akan aku ingat. Facebook secara tak langsung membikin manusia menjadi malas dan semakin pelupa.
Tahukah anda? Minda manusia merupakan sesuatu yang aneh namun menakjubkan. Ada sesetengah penyakit boleh disembuhkan dengan hanya konsentrasi minda sahaja. Ada sesetengah ubat-ubatan (sebagai contoh panadol) merupakan sebuah placebo dan pada hakikatnya langsung tidak mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh meredakan sakit kepala. Ternyata ini semua hanya mainan minda sahaja. Sakit tersebut boleh hilang dngn menggunakan minda kita sendiri! Nampak tak permainan dunia disini guys? Ni baru sikit, masih banyak yang terselit. Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment