Tuesday, September 4, 2012

Kopi II

Bukan main lagi Uncle ni mengacau campuran hitam pekat semerbak aroma kopi yang mengitari atmosfera bilik, lalu dihirupnya perlahan, membiarkan aliran pekat kopinya yng sudah berasimilasi dengan kemanisan gula menodai lidah lantas meredah esofagus, membasahi ruang perut, lalu bercempera serpihan kafein mempengaruhi sel-sel saraf yang mengawal tubuh yang menjadikan bekalan untuk Uncle sambung kerja sebentar lagi. Uncle kata kutipan hari ini tak lumayan, yang lalu-lalang pun hanya buat bodoh je sama dia. "Dasar kedekut punya olang" kata uncle.

Ikutkan cerita Uncle ni, dulu badan dia sihat,sempurna,hensem lagi. Tapi entah macam mana, entah dari mana tiba-tiba di suatu hari yang malang, dia dilanggar oleh driver lori yang dayus dengan nafsu minumnya. Habis kedua belah kakinya lumpuh. Hampeh, tak pasal-pasal Uncle ni terpaksa memilih kerjaya sebagai peminta sedekah,tu je kerja yang mampu dia buat. Gila! Mana ada majikan yang nak ambik orang cacat kerja.

Uncle kata, kerja macam ni takdak lah teruk sangat. Kerja senang. Kau duduk je kat satu port best tungggu orang bagi duit. Langsai sehari lepak, cukuplah buat tampung makan,minum,bil itu ini. Kalau hari ada Ong sikit, ada lah orang baik macam aku ni yang belanja minum Kopi Jantan. Beginilah hidup di bandar besar, orang buat apa sahaja demi kelangsungan hidup, siapa yang lemah tu lebih baik balik kampung jadi kutu rayau jelah.

Selesai Uncle makan dan minum sambil membebel, aku bangkit ke kaunter membayar apa yang patut. Kemudian berikan Rm50 kepada Uncle, buat makan dan minum dia untuk seminggu lagi. Mentang-mentang lah dapat bonus, langsung aku buat kebajikan. Uncle senyum sambil melihatku lalu mengucap terima kasih, sepatah tapi ikhlas. Uncle pun berlalu pergi di antara amoi-amoi kedai urut dan refleksologi. Entah apalah nasib orang seperti Uncle lepasni.

Aku masih lagi berdiri di tempat yang sama, memerhati Uncle yang bersusah payah berjalan hencut-hencut mencari belas ehsan dari orang ramai demi kelangsungan hidup dirinya. Sejujurnya aku simpati dengan nasibnya yang dahulunya hidup sempurna namun dihancurkan oleh manusia yang Hampeh. Selepas melewati kedai-kedai berikut, Uncle berhenti di salah satu kedai tanpa nama yang diterangi lampu berwarna merah malap. Lalu tanpa berfikir panjang Uncle masuk ke dalam premis tersebut.

Cet. Menyesal aku belanja dia minum Kopi Jantan tadi.

No comments:

Post a Comment