Tuesday, January 29, 2013

Hipotesis NamiCobbNobbler

Persoalan aku? Apakah hidup kita ini sudah lengkap bila kita ada kereta,rumah,dan isteri seorang di rumah? Ada anak-anak dan ada Tv berserta set DVD di rumah? Ada juga peti ais dan ada juga rumah dengan extra room untuk mak ayah mertua semua bertandang ke rumah? Apa yang menjadikan kita yakin dengan seseorang yang memakai tali leher, suit dan baju yang kemas, daripada seorang yang memakai baju lusuh dan tak pernah cukur jambangnya. Apa yang menjadikan kamu terus yakin dengan manusia yang berpakaian kemas sedangkan dia mungkin menipu kamu? Ya, Ahli Politik berpakaian kemas dengan baju yang mahal-mahal dan terus menipu. Kita boleh lihat George.W.Bush, atau Barrack Obama bila mereka berbusana. Tapi mereka dah jelas penipu kenapa kita percaya?

Kita masyarakat pasca moden - taksub dengan Imej. Imej visual yang datang dari televisyen, atau internet, atau dari iklan Billboard yang bersepah di sekitar Federal Highway. Kita taksub dengan Imej Visual, dan kita mahu untuk menjadi seperti yang kita nampak dengan mata kita. Beli Kasut Polo Ralph Lauren untuk nampak cantik macam model itu, atau pakai suit Georgio Armani untuk nampak tegap dan segak macam model ini. Minda kita dipengaruhi oleh apa yang kita nampak, apa yang kita baca. Dari situ minda kita terbentuk, berahi kita membuak. Segala yang kita mahukan, segala yang kita fikirkan - Semuanya dikawal oleh satu kelompok tertentu yang menentukan apa yang kita perlu pakai, apa yang perlu kita makan, apa yang perlu kita buat, apa yang perlu kita fikir.

Berita, cerita cerekarama, dokumentari, muzik, filem, anugerah lagu, rancangan kanak-kanak - Semuanya telah direka cipta untuk membentuk Fikrah manusia untuk terus patuh dengan Imej Visual. Perasaan benci dan cinta kita semua dibentukkan oleh Imej Visual. Dan bagaimana pihak pemodal menggunakan Imej Visual ini - Untuk mencetus perasaan Berahi kita dari dalam - Mengambil Id (Nafsu) kita tanpa memecahkan Ego dan Super-Ego kita semua. 

Agama, adat, budaya, undang-undang, norma - semuanya menjadikan kita berbeza dari haiwan-haiwan bernafas yang lain. Tetapi dalam usaha orang yang rata-rata mempercayai Creationast(pencipta) untuk membezakan manusia dengan haiwan yang lain, kita semakin hari semakin terserlah nilai Kehaiwanan kita.

Kucing Jantan kencing bersepah untuk menandakan ini kawasan mereka,yang dinamakan Territory Pissing. Kita juga lakukan perkara ini - dengan  Barb Wire ,  Pos Sempadan dan Tentera. Burung Merak mengembangkan Ekor belakangnya untuk memikat pasangannya - begitu juga dengan manusia membazir banyak sumber untuk mereka kelihatan Yakin dan Menarik. Apa yang menjadikan manusia berbeza dengan haiwan yang laun, akal? Jadi siapa yang musnahkan habitat dalam bumi ini, yang menghancurkan alam ini menjadi tercemar kalau bukan manusia? Apakah akal ini sesuatu yang memusnahkan?


#Lelaki Eksistensial

No comments:

Post a Comment